Tuesday, February 26, 2008

AHLI DAN PENYOKONG KUAT UMNO BERIKRAR MENGUNDI PAS PADA PRU 12 INI

26 Feb 08, Kg Kubu Gajah Jalan 3, satu ceramah kelompok telah diadakan disalah sebuah rumah penduduk kampung tersebut. Ceramah kelompok ini diadakan adalah di atas permintaan tuan rumah sendiri ekoran telah mengikuti ceramah kelompok anjuran muslimat Kg Kubu Gajah Jalan 13 pada dua minggu lepas.

Penceramah yang dijemput ialah ustazah Maryam. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan sedikit doa selamat dan doa arwah.Selesai bacaan yasin dan doa, penceramah mengambil kesempatan untuk berceramah yang bertajuk 15 maksiat yang akan menurunkan bala dari hadith Nabi saw dari kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. Maksiat pertama sekali dari hadith tersebut ialah bila harta kekayaan negara hanya berkisar kepada golongan tertentu sahaja dan perkara kedua ialah apabila amanah menjadi rebutan.

APA YANG NABI SEBUT DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO

Penceramah sempat mengulas dua perkara ini dengan mengaitkan apa yang berlaku di negara kita di mana jelas dua perkara ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita dari kalangan UMNO khususnya.Difahamkan majlis tersebut dihadiri oleh kalangan wanita atas pagar dan wanita UMNO.

Mengambil kesempatan dari majlis tersebut Ustazah Mariam mengambil peluang untuk memperkenalkan calon PAS DUN Paya Jaras iaitu Saudara Khairuddin bin Othman dan diberi ruang untuk memberi ucapan. Beliau memperkenalkan diri dan menyampaikan ceramah ringkas hingga memukau hadirat di majlis tersebut.

PENGAKUAN SALAH SEORANG YANG MENDENGAR DI MAJLIS TERSEBUT

Setelah selesai majlis, bila penceramah meminta diri untuk pulang, seorang wanita telah menunggu beliau di depan pintu dan memberi ikrar dan pengakuan untuk mengundi PAS pada PRU 12 ini. Penceramah difahamkan bahawa wanita ini adalah ahli wanita UMNO dan pendokong kuat kepada UMNO di masa-masa lalu. Dengan menitiskan airmata beliau meluahkan tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO khususnya bekas ADUN Paya Jaras yang telah merobohkan kedai mereka yangmana selama ini sebagai tempat beliau mencari nafkah menyara kehidupan beliau dan anak-anak. Wanita tersebut adalah seorang ibu tunggal. Beliau dijanjikan dengan pampasan tetapi hingga kini janji hanya tinggal janji.

Inilah kebiasaan perangai dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang berkepentingan hingga sanggup menindas rakyat. Kami Difahamkan bahawa ramai lagi menerima nasib yang sama dengan beliau sehingga perbuatan zalim ini telah menutup periuk nasi mereka dan sekarang mereka hidup dalam keadaan dhaif dan susah.

PEMIMPIN UMNO SETEMPAT TIDAK AMBIL TAHU MASALAH RAKYAT

Sehingga sekarang tidak ada orang UMNO yang mengambil peduli masalah mereka jauh sekali bekas ADUN Paya Jaras iaitu En Bushro.

Rupa-rupanya apa yang kami sangkakan selama ini meleset, yang mana selama ini kami menyangka bahawa En Bushro adalah di antara ADUN BN yang berimej 'MR CLEAN'. Buktinya, keluhan ini didengari dari ramai lagi penduduk Paya Jaras yang mengadu bahawa beliau jarang turun berjumpa dengan rakyat khususnya rakyat marhaen. Apa yang dilihat selama ini seperti memberi bantuan kepada golongan miskin pada majlis dan hari-hari tertentu dan membaiki serta membesarkan masjid dan surau di sekitar Paya Jaras adalah lakonan semata-mata dan ianya lebih kepada tujuan politik kotor dan penipu yang lazim dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Tidak ada pemimpin UMNO yang boleh digelar baik dan bersih. Orang baik tidak akan tahan duduk dalam lubuk najis dan kotor. Sememangnya dasar merekapun sudah menyeleweng dari dasar Islam, dasar mereka adalah dasar Nasionalis dan Kapitalis sudah tentu pelaksanaan dan tindakan mereka akan tersasar dari dasar Islam.

Di sebaliknya PAS, dasar dan matlamatnya adalah Islam, sudah tentu menjamin keadilan, kesejahteran dan berkebajikan untuk semua agama dan semua bangsa.

PENUTUP

Melihat kepada beberapa insiden dan fenomena yang berlaku di Paya Jaras, jelas rakyat dah mula menolak UMNO/BN. Rupa-rupanya penat saja mereka berkempen di media-media arus perdana dan seluruh saluran televisyen. Kami pasti rakyat yang sedar akan memadamkan televisyen mereka kerana mual serta muak dengan propaganda dan sikap pura-pura pemimpin UMNO/BN.

Akhirnya wanita tersebut memberi pengakuan kepada kami akan menyertai kami berkempen untuk BA dan akan menceritakan perkara sebenar yang berlaku tentang sikap pemimpin UMNO kepada rakyat khususnya pengundi di Paya Jaras supaya membuat perubahan dan memihak kepada BA.



mujahidah61

MAT MOTOR DAN KUMPULAN LEPAK JUGA TOLAK UMNO/BN

25 fEB 08 - Paya Jaras, jam 12.30 malam, setelah selesai tugas mengiringi calon DUN Paya Jaras, dalam perjalanan pulang saya telah terserempak dengan sekumpulan Mat Motor yang yang berselisih dengan kami dengan melaungkan 'Hidup PAS'. Saya agak terperanjat dan merasakan mungkin saya tersilap dengar ucapan Mat Motor tadi. Sebentar lagi sekumpulan mereka mengarak bendera PAS dan bendera PKR di keliling kampung dengan melaungkan 'Hidup PAS'. Mungkin mereka tak reti lagi untuk melaungkan slogan PAS iaitu takbir, sebaliknya terikut dengan slogan ahli UMNO dengan HIdup BN.

Saya mengikuti perjalanan mereka dan berhenti di Bilik Gerakan UPU Kg Merbau Sempak.
Rupa-rupanya lebih ramai lagi di kalangan mereka yang menunggu arahan untuk bertugas memasang bendera dan poster PAS dan PKR yang mana mereka berkumpul beramai-ramai di Bilik Gerakan tersebut.

Apa yang menarik perhatian saya ialah mereka begitu meminati PAS, seronok duduk di Bilik Gerakan PAS sedangkan pastinya mereka tahu PAS bukan menjanjikan apa-apa kepada mereka.

Inilah realiti yang berlaku sekarang ini, rakyat sudah mula muak dengan propaganda UMNO/BN,rakyat sudah mula sedar tentang kezaliman UMNO/BN.Walaupun setiap hari mereka berkempen di seluruh saluran televisyen.

Setahu saya Mat Motor ni bukanlah golongan yang ikuti berita arus perdana,bukanlah juga golongan yang rajin menadah akhbar. Kemungkinan mereka rajin access maklumat dari internet dengan mengunjungi cyber cafe.

Saya berkesempatan menanyakan beberapa soalan kepada anak-anak muda ini, kenapa tidak pergi sahaja ke Bilik Gerakan UMNO/BN yang berhampiran dengan Bilik Gerakan PAS? Sedangkan mereka ditawarkan wang yang begitu lumayan jika mendaftar nama petugas sebagai pemasang bendera. Jawapan mereka ialah, kami bukan hendak apa-apa, kami cuma nak tolong PAS, kami tak suka dengan UMNO/BN. Minta maaf, kami tidak akan pergi ke tempat BN.

Saya dapat merasakan bahawa gelombang 99, kembali semula. Bezanya gelombang 99 terjadi ekoran dari kemarahan rakyat atas pemecatan Dato' Seri Anuar Ibrahim. Ada peristiwa yang berlaku. Tetapi tahun 2008, gelombang yang berlaku kerana betul-betul atas kesedaran rakyat seluruhnya dari golongan atasan hinggalah ke golongan terbawah.

Kalaulah, Mat-mat Motor boleh tolak UMNO/BN, bagaimana dengan cerdik pandai dalam UMNO termasuk golongan intelek agama. Ini menunjukkan golongan intelek agama dalam UMNO lebih teruk dari Mat Motor yang melepak di tepi jalan. Golongan Mat Motor ini sedar tentang penyelewengan UMNO/BN dan lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

UMNO/BN Paya Jaras semakin gentar lalu mengambil tindakan terdesak mengacau petugas-petugas yang mamasang bendera BA sepertimana yang berlaku di Kampung Melayu.

Kesimpulannya, sekiranya tidak ada penipuan dan PRU 12 ini pastinya gelombang rakyat akan memihak kepada BA untuk diberi mandat memerintah negara dan sekaligus melenyapkan kezaliman dan penyelewengan UMNO/BN.

Oleh:

Ustzh Maryam Abdul Rashid

Friday, February 15, 2008

TEMPOH KEMPEN HANYA 13 HARI SAHAJA : ADAKAH MENCUKUPI?

Pada 14 Feb 08 di Putrajaya, Pengerusi SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon adalah 24 Feb 08 dan tarikh pembuangan undi adalah pada 8 Mac 08. Jadi antara tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi adalah tempoh berkempen yang berjumlah tiga belas hari sahaja.

Menurut kenyataan Tan Sri Rashid dalam sidang akhbar bahawa tempoh tiga belas hari adalah mencukupi untuk parti-parti politik berkempen bagi pihak parti masing-masing.

Menurut kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa tempoh tersebut adalah suatu tempoh yang cukup lama memandangkan tempoh tersebut adalah tempoh di mana mood ahli UMNO/BN sedang panas dengan semangat pilihanraya. Jika tempoh kempen lebih panjang dari itu bimbang mood ahli akan menurun semula menyebabkan terjejas gerakerja pilihanraya mereka.

UMNO/BN DAH LAMA BERKEMPEN

Beberapa bulan kebelakangan ini kita sendiri melihat bagaimana UMNO/BN telah mula menggunakan secara haram hak rakyat iaitu saluran media untuk berkempen. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah peka dan celik minda untuk menilai keadaan yang berlaku ini. RTM khususnya adalah salah satu unit dari Jabatan Penyiaran di bawah Kementerian Penerangan. Sudah tentu segala peruntukan kewangan bagi urusan penyiaran adalah daripada peruntukan kewangan Kementerian Penerangan di bawah Kerajaan Pusat.
Bermakna UMNO/BN telah menyalahgunakan dan memperalatkan media milik rakyat Malaysia untuk berkempen bagi pihak mereka sebelum pembubaran parlimen lagi.

Setiap hari ada saja visual 'psyco war' yang mereka tayangkan untuk mengelabui pandangan rakyat dengan gambar-gambar demonstrasi, peperangan di Palestin, tak kurang juga ruang untuk tayangan dokumentari kununnya jasa dan bakti UMNO/BN kepada rakyat dalam semua bahasa sebelum berakhir berita perdana setiap bahasa.

Kenapa UMNO/BN yang berkempen di televisyen saban hari tidak perlu permit polis? UMNO dan BN juga hanyalah parti politik seperti PAS, PKR dan DAP juga. Sedangkan dalam tempoh 13 hari ini parti-parti PAS, PKR dan DAP (saya tidak akan sebut pembangkang) yang hendak berkempen mesti memohon permit menurut kenyataan KPN baru-baru ini. Inilah satu sikap ' double standard' dan 'bias'nya Jabatan Polis terhadap parti politik selain dari UMNO/BN. Jelas ketidakadilan berlaku di situ. Parti BA dan DAP juga adalah rakyat Malaysia yang merdeka yang mesti diberi ruang yang bebas dan luas untuk menyuarakan pandangan dan menegur parti UMNO/BN serta mesti diberi kebebasan untuk menyampaikan mesej dan tawaran-tawaran mereka kepada rakyat Malaysia sekiranya diberi mandat memerintah.

APA BERLAKU SELEPAS PEMBUBARAN PARLIMEN?

Media terus menerus diperalat oleh parti UMNO/BN untuk melebarluaskan lagi dakyah dan kempen serta pengaruh mereka bagi memenangi hati rakyat Malaysia dengan hasrat mengekalkan kuasa mereka selepas PRU 12 ini. Yang paling malang pembaca berita masih menyebut 'kerajaan', menteri-menteri yang berkempen dengan jawatan menterinya temasuk PM dan TPM. Kita mesti sedar bahawa sekarang BN bukan kerajaan. Setelah pembubaran parlimen kedudukan mereka adalah seperti parti-parti politik lain.

Jabatan Penyiaran mestilah muhasabah dan fikir-fikirkan apakah tindakan sebahagian besar dari kakitangan mereka termasuk wartawan wajar atau tidak? Untuk siapa sebenarnya mereka berkhidmat? Gaji yang mereka perolehi adalah dari wang rakyat Malaysia. Bukan parti BN yang membayar gaji mereka. Bagi kakitangan yang beragama Islam awas, bagaimanakah kedudukan gaji mereka semua dari sudut hukum Islam? Kakitangan penyiaran bukan Staff kepada UMNO/BN sebaliknya mereka berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya tidak akan meredhakan hak saya disalah guna untuk kempen BN khususnya Jabatan Penyiaran.

SEBENARNYA UMNO/BN LEMAH

Kita semua yakin dan pasti sekiranya tidak ada media khususnya RTM yang mendokong UMNO/BN untuk berkempen bagi pihak mereka, juga sekiranya tidak ada Jabatan Polis yang 'back up' mereka dengan menghalang parti BA dan parti lain menegur dan mendedahkan penyelewangan mereka, sekiranya tidak ada jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang bekerjasama dengan mereka seperti KEMAS dan lain-lain, sudah tentu UMNO/BN akan nazak, yangmana sebenarnya mereka tidak kuat mana pun melainkan lemah-lemah selemah-lemahnya.

RAKYAT PERLU DISEDARKAN

Selama ini sememangnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak ambil tahu tentang hal dan situasi ini. Sebagai ahli parti 'waiting government'/kerajaan menanti, kita mesti sedarkan rakyat tentang perkara ini. Isu ini bukan isu kecil dan remeh tetapi isu ini adalah isu besar dan sangat penting untuk kita sampaikan kepada rakyat. Isu ini adalah di antara isu besar penyelewengan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN.

JELAS KETIDAKADILAN BERLAKU

Manakala parti PAS, PKR dan DAP hanya boleh berkempen untuk 13 hari sahaja. Itupun perlu memohon permit dari Polis. Dimanakah letaknya sifat amanah Polis yang mempamerkan slogan mereka 'BERSIH, CEKAP AMANAH'? Parti BA dan DAP tidak dilayan seperti rakyat Malaysia yang merdeka dan tidak dilayan secara adil. Ruang untuk BA dan DAP begitu disempitkan untuk berkempen menjelang PRU 12 ini. Sudah tentu tempoh 13 hari tidak mencukupi untuk BA dan DAP untuk mengatur aktiviti penerangan dan berkempen dan menemui pengundi. Jelas ketidakadilan berlaku.

KESIMPULAN

Sekiranya Demokrasi benar-benar wujud di Malaysia, keadaan ini tidak akan berlaku. Yang pastinya Demokrasi telah lama mati di Malaysia lebih-lebih lagi ianya bermula dari Regim Mahathir lagi dan semakin parah pada zaman Regim Paklah Hadhari.

Pastikan BA diberi mandat oleh rakyat memerintah selepas PRU 12 ini dan kita akan kembalikan semula hak rakyat Malaysia yang telah dirompak oleh UMNO/BN selama 50 tahun lebih dan kita akan menyuburkan kembali demokrasi di negara Malaysia yang tercinta ini serta kita akan pastikan sinar Islam akan menyerlah dan agama Allah didaulatkan.

Wallahu A'lam

Mujahidah61

Wednesday, February 13, 2008

UMNO TERSESAK LAKUKAN APA SAHAJA TERMASUK SEKOLAH DAN PELAJAR SEKOLAH

Baru-baru ini, di salah sebuah sekolah menengah di Parlimen Subang, salah seorang pelajar telah melaporkan bahawa telah ternampak surat memo dari UMNO Bahagian Subang meminta gurubesar menghantar guru-guru sekolah tersebut untuk hadir ke mesyuarat yang mereka anjurkan untuk mengadakan satu program yang dinamakan 'PROGRAM DIDIK CEMERLANG'yang mana menurut sumber, program tersebut akan diadakan di tempat yang mereka namakan 'Segi Kolej' berhampiran dengan Bilik Gerakan UMNO Subang di Kota Damansara. Pelajar yang mengadu ini merasa kesal kerana isi kandungan surat seolah-olah mewajibkan kehadiran pelajar ke program tersebut.

Suasana di atas menunjukkan UMNO di mana sahaja terlalu terhimpit dan terdesak sehingga mereka masih merasa tak cukup dengan memperalatkan media untuk berkempen tapi mereka menggunakan apa sahaja peluang untuk mendapat sokongan dan undi kepada mereka termasuk memperalatkan guru-guru dan sekolah-sekolah.

Yang amat menyedihkan surat memo tersebut jelas menggunakan 'letterhead' dengan logo UMNO dan begitu terbuka dipamirkan di pejabat sekolah. Mereka semakin berani melakukan tindakan sedemikian yang mana tindakan tersebut adalah tindakan melampau yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka semakin berani menyalahgunakan kuasa, hingga merasakan seolah-olah negara Malaysia ini adalah milik mereka, harta negara adalah milik mereka hingga tahap kemuncak bangang mereka ialah bila mengakui KERAJAAN MALAYSIA adalah Kerajaan BN.

Inilah akibatnya bila mereka telah terlalu lama memerintah. Kalau seorang wanita normal 50 tahun adalah umur 'menopause' dimana menurut kajian doktor jika umur tahap begini berbagai sindrom yang melanda kepada seseorang wanita itu seperti murung, marah tak tentu pasal, bertindak tak tentu hala, kepanasan dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi keadaan ini melanda kepada wanita yang kurang amalan agama, tidak dekat dengan Allah swt. Riwayat UMNO/BN sepatutnya ditamatkan pada PRU 12 ini, kalau tidak mereka akan mengambil tindakan merepek dan meraban. Jika dah lebih tahap menopause, mereka akan jadi nyanyuk.

Rakyat khususnya orang Melayu sepatutnya membuka mata dan mengambil tindakan berani untuk me'nyah'kan UMNO/BN dari memerintah Malaysia ini. Kali ini rakyat perlu berani membuat perubahan, kuasa di tangan kita, sepatutnya merekalah takut kepada rakyat bukan rakyat takut kepada mereka.

Paparan yang kita lihat di atas adalah salah satu tempat yang kita kenalpasti penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO. Sebenarnya banyak tempat lagi seperti di Kompleks KEMAS Paya Jaras, UMNO telah menggunakann untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka dan mengibarkan bendera-bendera mereka. Sedangkan bangunan KEMAS adalah hasil dari peruntukan kerajaan Malaysia dari Kementerian Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal /wanita, bukan duit poket UMNO.

MALAYSIA DALAM BAHAYA

Sekiranya UMNO/BN menang lagi pada PRU 12 ini rakyat Malaysia dan Malaysia dalam keadaan merbahaya. Projek Korridor yang dilancarkan oleh Pak Lah sebenarnya bukan untuk rakyat Malaysia walaupun menurut telahan mereka akan mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan. Yang itu bagi mereka yang ada kelayakan untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di Projek Korridor tersebut. Bagaimana dengan penoreh getah, nelayan, pesawah, pemandu teksi, peniaga kecil? Mereka tetap akan menderita dalam arus pembangunan yang dicipta oleh UMNO/BN. Yang pastinya projek-projek mega yang mereka lancarkan adalah untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja.

Sekiranya mereka menang lagi confirm harga minyak petrol akan naik dan tidak secara langsung harga barang naik, mereka akan terus menerus menyalahgunakan dan merompak harta rakyat.Pastinya Rakyat Malaysia dan Malaysia dalam bahaya.

TAWARAN PAS/BA

Sekiranya rakyat Malaysia memberi mandat kepada BA memerintah, tindakan awal pemimpin BA ialah menurunkan harga minyak, kuasa dan hak rakyat dikembalikan dengan saksama, kebajikan untuk rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, ibu tunggal akan terbela nasib mereka, pendidikan yang percuma, menghapuskira hutang PTPTN dan banyak lagi. Terasa bahang kemakmuran berada bawah pemerintah BA. Kita dah buktikan di Kelantan.

RAKYAT PERLU TOLAK UMNO/BN

UMNO sebenarnya bukan pembela kepada orang Melayu tetapi pengkhianat kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Parlimen pun telah dibubarkan hari ini. Maka inilah peluang terbaik bagi rakyat Malaysia melalui 'MAKKAL SETHI'/KUASA RAKYAT untuk menolak UMNO/BN dalam PRU 12 supaya kita dapat menghentikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh mereka selama ini.


mujahidah61

Sunday, February 10, 2008

majlis Hi Tea Bersama Pimpinan di Paya Jaras Meriah

10 Feb 08 Majlis Hi Tea Bersama Pimpinan telah diadakan di Perkarangan PASTI Kg Merbau Sempak, Sg Buloh. Program tersebut adalah anjuran bersama MTD Paya Jaras dan Halwa MTD Paya Jaras. Tetamu khas ialah Timbalan Presiden PAS Ust Nasharuddin Mat Isa, Ust Abd Ghani Samsudin AJK PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, En Sivarasa Naib Presiden PKR, En Selva Mosa Pengerusi Kelab Penyokong PAS Hulu Selangor.

Di antara objektif utama MTD Paya Jaras mengadakan program tersebut ialah bagi mengumpul dana pilihanraya bagi menghadapi PRU 12 ini, di samping dapat menyampaikan isu-isu terkini kepada pengundi, penyokong dan ahli daripada pimpinan.

Apa yang dapat dikongsikan di sini ialah perjalanan hari-hari sebelum berlangsungnya program tersebut. Halwa telah diberi amanah oleh pihak MTD Paya Jaras untuk menubuhkan AJK 'adhock' bagi merancang program tersebut. Mesyuarat telah diadakan sebanyak empat kali. Kerisauan hati takut program yang bakal diadakan kurang lancar atau tidak berjaya, maklumlah tetamu yang akan hadir program tersebut adalah di antara pimpinan tertinggi dan hebat-hebat belaka. Perbincangan berjalan baik dan pembahagian tugas teratur dan lancar.

Biasanya kalau majlis hi tea perkara utama yang difokuskan ialah menu. Biasalah kalau bab jamuan dan makan ni akan diserahkan kepada muslimat. Sebagai petugas kami akur tentang perkara ni dan kami tetap akan laksanakan dengan baik. Empat Lima menu yang telah dibincangkan dan dipersetujui. Banyak jenisnya..adakah kita mampu nak adakan semua itu sedangkan petugas kita yang tak ramai dan kemungkinan dari segi kewangan dan kemampuan kita juga terhad? Kalau cater kita tak mampu, sedangkan kita perlukan sumber kewangan untuk lebih-lebih lagi disaat hampir PRU. Akhirnya kami mengambil konsep gotong-royong bagi menjimatkan kos.

Alhamdulillah inilah manisnya berada dalam perjuangan Islam (PAS), walaupun ahli yang sedikit beri komitmen tetapi yang sedikit mendapat tarbiyah bersedia untuk infak mengikut kemampuan masing-masing. Boleh dikatakan setiap menu diinfakkan oleh petugas yang sedikit ini. Termasuk air minuman pun diinfakkan oleh seorang ahli muslimat yang OKU cacat penglihatan yang sudi menyediakan air untuk minuman kesemua tetamu program tersebut. Kerja-kerja penyediaan menu telah dimulakan pada 9hb Feb lagi pada malam harinya. Yang bertugas hanya empat orang sahaja, sehinggalah lewat malam.

Keesokan harinya saya pergi menjenguk ke PASTI Kg Merbau Sempak tempat penyediaan menu. Alangkah seronoknya bila melihat sahabat-sahabat muslimat begitu gigih dengan tugas masing-masing. Walaupun mereka nampak agak kaget kerana masa berjalan begitu cepat dan masa sudah agak tengahari tapi bila melihat kehadiran saya mereka nampak semakin yakin untuk menyiapkan menu yang agak payah untuk disediakan seperti roti jala. Alhamdulillah sebelum zohor empat menu dapat kami siapkan bersama.

Sampai masa program nampaknya berjalan lancar, yang menghidang dengan tugas menghidang, yang susun kerusi dengan susun kerusi dan meja. Sehinggalah sampai masa kehadiran tetamu seingga selesai berucap enam orang tetamu, sampai masa kemuncak program ialah aturcara makan.

Rasa puashati melihat tetamu yang menjamu selera dan program yang dirancang berjaya. Hilanglah segala keresahan dan kepenatan. Apa yang kita dapat dari kejayaan program ini ialah keikhlasan dan kesungguhan ahli yang bekerja, bersusah payah tanpa harapkan apa-apa habuan. Inilah kesan ahli sekiranya telah ditarbiah secara berterusan.

Sesungguhnya kejayaan perjuangan Islam bukan bergantung kepada ramainya yang bekerja.
Sebagai pendokong dan pemimpin gerakan Islam, kita tak perlu risau dengan sedikitnya mereka yang hendak bersama-sama dengan kita dalam melaksanakan tugas murni ini. Apa yang penting ialah kesungguhan dan keikhlasan kita melaksanakannya. Dalam Al Quran juga ada menyebut: 'Berapa ramai yang sedikit boleh mengalahkan yang ramai dengan izin Allah.'

Kita juga tidak boleh nafikan peranan muslimat dalam menyumbang kepada kejayaan perjuangan Islam. Janganlah hanya letakkan muslimat sebagai faktor pelengkap sahaja. Kita sedia maklum pengundi wanita lebih dari 50%. Siapa yang akan berjumpa dengan pengundi ini kalau tidak muslimat. Jangan kecilkan peranan muslimat, malah saya memperakui muslimat juga mampu merancang dan mentadbir hatta muslimat boleh jadi calon. Kenapa dengar suara-suara sumbang yang tidak setuju dengan calon muslimat? Sebagai parti politik Islam sepatutnya kita tunjukkan penghargaan kepada muslimat dalam suasana musuh menuduh kita ketepikan peranan wanita atau muslimat.

Apapun sebagai ahli dan petugas muslimat, tidaklah sampai perkara ini jadi bahan perbalahan, insyaallah setakat ini apa sahaja tugas yang diarahkan kepada muslimat, kami cuba laksanakan dengan sebaik-baiknya memandangkan kami merasakan semua kita penting untuk menjayakan misi jamaah kita, kita semua sebagai pelengkap antara satu sama lain.

Apa yang kami harapkan janganlah terlalu kecilkan usaha dan peranan muslimat. Sekiranya jadi calon muslimat pun, kita akan perjuangkan dan membela hak-hak wanita yang mana hari ini wanita menjadi alat dagangan dan bahan pameran di bawah pemerintahan UMNO/BN. Memandangkan juga wanita sebagai ibu dan melahirkan generasi.

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari pengalaman yang sedikit ini, pertama: kejayaan sesuatu misi itu tidak semesti ramai, yang sedikit dan berkualiti lebih baik. Kedua: Pentingnya peranan tarbiyah bagi menggerakkan ahli dan petugas yang mana melalui tarbiyah yang berterusan melahirkan ahli yang ikhlas, bersungguh-sungguh, istiqamah dalam menjayakan misi jamaah walaupun tidak dapat apa-apa habuan mahupun pujian, jauh sekali keluar dalam akhbar harakah sekalipun. Ketiga: Pentingnya peranan muslimat dalam menjayakan misi jamaah, jangan kecilkan usaha muslimat atau jangan jadikan muslimat hanya untuk mengisi ruang-ruang yang tidak lengkap sahaja atau remehkan peranan muslimat dengan hanya beri peranan menyediakan makan sahaja. Kita mesti mengetengahkan muslimat dengan peranan lebih besar dan mencabar lagi bagi menutup segala tanggapan musuh terhadap jamaah kita yang mana menurut mereka telah mengenepikan peranan wanita. Keempat: Kita semua penting sebagai pelengkap antara satu sama lain demi kejayaan dan kemenangan perjuangan suci yang kita dokong ini.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program hi tea kita, terutama kepada Saudara Ibrahim bin Ali Pengarah MTD Paya Jaras yang bersama-sama turun padang lakukan kerja-kerja bersama termasuk memanjat tiang memasang bendera. Inilah pimpinan yang kita mahukan dan mampu jadi contoh kepada orang bawahan. Jangan jadi pemimpin yang tahu arah sahaja. Tidak lupa kepada AJK Cawangan Kg Merbau Sempak, AJK DMPK Subang, Halwa MTD Paya Jaras dan semua pihak yang terlibat menjayakan program kita.

Sesungguhnya kita akan rasa kemanisan dalam perjuangan setelah kita rasa letih, sakit dalam melaksanakan tugas dan amanah dan itulah sbenarnya nilai dan harga syurga iaitu dengan menghadapi ujian dan susah payah dalam melaksanakan amanah Allah ini.

Moga Allah kurniakan kemenangan kepada kita dan merahmati serta meredhai kita semua.

Allahu Akbar

Ustazah Hjh Mariam Abdul Rashid

mujahidah_61@yahoo.com

Thursday, February 7, 2008

Halwa MTD Paya Jaras Edar Kad Tahun Baru Cina

Pada 5hb Feb 07, Halwa MTD Paya Jaras telah turun berjumpa dengan pengundi Tionghua di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh untuk mengedarkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina di samping mengedarkan risalah berbahasa Mandarin iaitu Rhe Min She She.Turut sama dengan Halwa ialah Ustazah Mariam sebagai Ketua Halwa dan juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Subang.

Pada 6 Feb 07 di sebelah pagi pula operasi edar kad Tahun Baru Cina diteruskan di Kawasan Petempatan Sungai Buloh iaitu di Kg Sri Indah A di mana majoriti penduduk Kg Sri Indah A adalah terdiri dari Kaum Tionghua. Di sebelah petang pula Halwa dengan kerjasama Ketua UPU Taman Ehsan iaitu Tuan Hj Tamam telah sempat turun ke Lokaliti Jalan 5 juga majoriti penduduk teriri dari kaum cina.

Daripada pengalaman manis muslimat yang turun, kami mendapati bahawa pengundi kaum cina adalah 'silent voter' di mana mereka memberi respon yang sangat-sangat baik kepada kami petugas Halwa tetapi tidak menzahirkan pendirian mereka untuk memberi undi pada BA. Tetapi dari sambutan mereka kepada kehadiran kami, kami yakin pengundi cina akan memberi undi dan membuat perubahan besar pad PRU 12 ini.

Keadaan berbeza pengalaman kami bila turun bertemu dengan kaum India di Lokaliti Jalan 2, UPU Bandar Baru Sg Buloh Utara, dimana penduduknya majoriti teridiri dari kaum India telah menzahirkan sokongan mereka dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada pemimpin BN khususnya pemimpin MIC menurut mereka telah banyak menipu mereka sejak dari negara merdeka lagi.Kami diberi layanan yang baik malah ada yang mengajak kami masuk ke rumah mereka dengan menghidangkan air sejuk kepada kami yang sememangnya terlalu dahaga ketika itu kerana terdedah kepada cuaca yang panas terik. Apapun kami menolak pelawaan mereka. Yang pasti kaum India juga yang dikenali sebagai susah untuk buat perubahan telah berjanji akan buat perubahan besar pada PRU 12 ini.

Disebaliknya bila kami ketuk pintu-pintu rumah orang Melayu, kebanyakannya tidak memberi respon yang baik kepada kami malah ada yang menutup pintu apabila melihat kehadiran kami. Bila orang Melayu hendak berubah? Adakah mereka masih dilanda dengan sindrom budaya takut kesan dari tindakan bangang pemimpin UMNO/BN yang telah menggunakan semua saluran media haram yang mereka gunakan saban hari yang mana ianya adalah milik rakyat. Tak kurang dengan media mereka menggunakan seluruh agensi kerajaan terutama Jabatan Polis sebagai penyambung nyawa kepada mereka untuk meneruskan hayat dan misi kejahatan serta penyelewengan mereka terhadap negara dan rakyat Malaysia. Kami yakin sekiranya tiada media yang mereka peralatkan untuk membantu mereka (UMNO/BN), agensi kerajaan khusus Jabatan Polis yang mendokong mereka sudah pasti UMNO/BN telah lama disoal oleh mungkar dan nakir.

Kesimpulan yang kami perolehi hasil dari sedikit usaha untuk turun jumpa pengundi adalah persempadan semula yang telah dicipta oleh UMNO/BN pada PRU 11 adalah sebagai 'senjata makan tuan' dimana mereka mengharapkan sokongan bukan Melayu akan memihak kepada mereka hasil persempadan ini tetapi kemungkinan disebaliknya akan berlaku pada PRU 12 ini. Kemungkinan BA akan mendapat undi yang besar dari pengundi bukan Melayu pada PRU 12 ini. Kenyataan ini bukanlah kenyataan 'over confident' dari kami sebagai petugas dan jentera tetapi kami boleh rasainya bila telah lakukan secara realistik bila kami turun berjumpa pengundi sendiri.

Apapun bagi kita pejuang agama Allah kemenangan PILIHANRAYA adalah sebagai kemenangan dunia bagi mencegah mungkar besar yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahu melihat agama Allah dan hukum Allah tertegak. Yang paling penting usaha kita yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa mengenal penat dan letih, tidak merungut jika tidak ramai petugas bersama-sama semasa menjalankan tugas murni ini. Apa yang kita harapkan keredhaan Allah pada kita sebagai pejuang Islam di samping kita semua jangan lupa sentiasa munajat terutama saat-saat akhir hadapi pertarungan sengit PRU 12 ini.

Kemenangan kita yang hakiki ialah bila kita sabar dan istiqamah hadapi ujian dalam mengharungi ranjau perjuangan murni ini iaitu menyambung perjuangan yang telah dilalui oleh para Nabi khusus menuyambung risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Mudah-mudahan dengan sedikit penat kita, kesungguhan dan usaha serta doa kita, Allah kurniakan kemenangan kepada kita khusus pada PRU 12 ini insya Allah.

Allahu Akbar.

mujahidah_61@yahoo.com