Tuesday, February 26, 2008

MAT MOTOR DAN KUMPULAN LEPAK JUGA TOLAK UMNO/BN

25 fEB 08 - Paya Jaras, jam 12.30 malam, setelah selesai tugas mengiringi calon DUN Paya Jaras, dalam perjalanan pulang saya telah terserempak dengan sekumpulan Mat Motor yang yang berselisih dengan kami dengan melaungkan 'Hidup PAS'. Saya agak terperanjat dan merasakan mungkin saya tersilap dengar ucapan Mat Motor tadi. Sebentar lagi sekumpulan mereka mengarak bendera PAS dan bendera PKR di keliling kampung dengan melaungkan 'Hidup PAS'. Mungkin mereka tak reti lagi untuk melaungkan slogan PAS iaitu takbir, sebaliknya terikut dengan slogan ahli UMNO dengan HIdup BN.

Saya mengikuti perjalanan mereka dan berhenti di Bilik Gerakan UPU Kg Merbau Sempak.
Rupa-rupanya lebih ramai lagi di kalangan mereka yang menunggu arahan untuk bertugas memasang bendera dan poster PAS dan PKR yang mana mereka berkumpul beramai-ramai di Bilik Gerakan tersebut.

Apa yang menarik perhatian saya ialah mereka begitu meminati PAS, seronok duduk di Bilik Gerakan PAS sedangkan pastinya mereka tahu PAS bukan menjanjikan apa-apa kepada mereka.

Inilah realiti yang berlaku sekarang ini, rakyat sudah mula muak dengan propaganda UMNO/BN,rakyat sudah mula sedar tentang kezaliman UMNO/BN.Walaupun setiap hari mereka berkempen di seluruh saluran televisyen.

Setahu saya Mat Motor ni bukanlah golongan yang ikuti berita arus perdana,bukanlah juga golongan yang rajin menadah akhbar. Kemungkinan mereka rajin access maklumat dari internet dengan mengunjungi cyber cafe.

Saya berkesempatan menanyakan beberapa soalan kepada anak-anak muda ini, kenapa tidak pergi sahaja ke Bilik Gerakan UMNO/BN yang berhampiran dengan Bilik Gerakan PAS? Sedangkan mereka ditawarkan wang yang begitu lumayan jika mendaftar nama petugas sebagai pemasang bendera. Jawapan mereka ialah, kami bukan hendak apa-apa, kami cuma nak tolong PAS, kami tak suka dengan UMNO/BN. Minta maaf, kami tidak akan pergi ke tempat BN.

Saya dapat merasakan bahawa gelombang 99, kembali semula. Bezanya gelombang 99 terjadi ekoran dari kemarahan rakyat atas pemecatan Dato' Seri Anuar Ibrahim. Ada peristiwa yang berlaku. Tetapi tahun 2008, gelombang yang berlaku kerana betul-betul atas kesedaran rakyat seluruhnya dari golongan atasan hinggalah ke golongan terbawah.

Kalaulah, Mat-mat Motor boleh tolak UMNO/BN, bagaimana dengan cerdik pandai dalam UMNO termasuk golongan intelek agama. Ini menunjukkan golongan intelek agama dalam UMNO lebih teruk dari Mat Motor yang melepak di tepi jalan. Golongan Mat Motor ini sedar tentang penyelewengan UMNO/BN dan lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

UMNO/BN Paya Jaras semakin gentar lalu mengambil tindakan terdesak mengacau petugas-petugas yang mamasang bendera BA sepertimana yang berlaku di Kampung Melayu.

Kesimpulannya, sekiranya tidak ada penipuan dan PRU 12 ini pastinya gelombang rakyat akan memihak kepada BA untuk diberi mandat memerintah negara dan sekaligus melenyapkan kezaliman dan penyelewengan UMNO/BN.

Oleh:

Ustzh Maryam Abdul Rashid

No comments: