Wednesday, February 13, 2008

UMNO TERSESAK LAKUKAN APA SAHAJA TERMASUK SEKOLAH DAN PELAJAR SEKOLAH

Baru-baru ini, di salah sebuah sekolah menengah di Parlimen Subang, salah seorang pelajar telah melaporkan bahawa telah ternampak surat memo dari UMNO Bahagian Subang meminta gurubesar menghantar guru-guru sekolah tersebut untuk hadir ke mesyuarat yang mereka anjurkan untuk mengadakan satu program yang dinamakan 'PROGRAM DIDIK CEMERLANG'yang mana menurut sumber, program tersebut akan diadakan di tempat yang mereka namakan 'Segi Kolej' berhampiran dengan Bilik Gerakan UMNO Subang di Kota Damansara. Pelajar yang mengadu ini merasa kesal kerana isi kandungan surat seolah-olah mewajibkan kehadiran pelajar ke program tersebut.

Suasana di atas menunjukkan UMNO di mana sahaja terlalu terhimpit dan terdesak sehingga mereka masih merasa tak cukup dengan memperalatkan media untuk berkempen tapi mereka menggunakan apa sahaja peluang untuk mendapat sokongan dan undi kepada mereka termasuk memperalatkan guru-guru dan sekolah-sekolah.

Yang amat menyedihkan surat memo tersebut jelas menggunakan 'letterhead' dengan logo UMNO dan begitu terbuka dipamirkan di pejabat sekolah. Mereka semakin berani melakukan tindakan sedemikian yang mana tindakan tersebut adalah tindakan melampau yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka semakin berani menyalahgunakan kuasa, hingga merasakan seolah-olah negara Malaysia ini adalah milik mereka, harta negara adalah milik mereka hingga tahap kemuncak bangang mereka ialah bila mengakui KERAJAAN MALAYSIA adalah Kerajaan BN.

Inilah akibatnya bila mereka telah terlalu lama memerintah. Kalau seorang wanita normal 50 tahun adalah umur 'menopause' dimana menurut kajian doktor jika umur tahap begini berbagai sindrom yang melanda kepada seseorang wanita itu seperti murung, marah tak tentu pasal, bertindak tak tentu hala, kepanasan dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi keadaan ini melanda kepada wanita yang kurang amalan agama, tidak dekat dengan Allah swt. Riwayat UMNO/BN sepatutnya ditamatkan pada PRU 12 ini, kalau tidak mereka akan mengambil tindakan merepek dan meraban. Jika dah lebih tahap menopause, mereka akan jadi nyanyuk.

Rakyat khususnya orang Melayu sepatutnya membuka mata dan mengambil tindakan berani untuk me'nyah'kan UMNO/BN dari memerintah Malaysia ini. Kali ini rakyat perlu berani membuat perubahan, kuasa di tangan kita, sepatutnya merekalah takut kepada rakyat bukan rakyat takut kepada mereka.

Paparan yang kita lihat di atas adalah salah satu tempat yang kita kenalpasti penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO. Sebenarnya banyak tempat lagi seperti di Kompleks KEMAS Paya Jaras, UMNO telah menggunakann untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka dan mengibarkan bendera-bendera mereka. Sedangkan bangunan KEMAS adalah hasil dari peruntukan kerajaan Malaysia dari Kementerian Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal /wanita, bukan duit poket UMNO.

MALAYSIA DALAM BAHAYA

Sekiranya UMNO/BN menang lagi pada PRU 12 ini rakyat Malaysia dan Malaysia dalam keadaan merbahaya. Projek Korridor yang dilancarkan oleh Pak Lah sebenarnya bukan untuk rakyat Malaysia walaupun menurut telahan mereka akan mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan. Yang itu bagi mereka yang ada kelayakan untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di Projek Korridor tersebut. Bagaimana dengan penoreh getah, nelayan, pesawah, pemandu teksi, peniaga kecil? Mereka tetap akan menderita dalam arus pembangunan yang dicipta oleh UMNO/BN. Yang pastinya projek-projek mega yang mereka lancarkan adalah untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja.

Sekiranya mereka menang lagi confirm harga minyak petrol akan naik dan tidak secara langsung harga barang naik, mereka akan terus menerus menyalahgunakan dan merompak harta rakyat.Pastinya Rakyat Malaysia dan Malaysia dalam bahaya.

TAWARAN PAS/BA

Sekiranya rakyat Malaysia memberi mandat kepada BA memerintah, tindakan awal pemimpin BA ialah menurunkan harga minyak, kuasa dan hak rakyat dikembalikan dengan saksama, kebajikan untuk rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, ibu tunggal akan terbela nasib mereka, pendidikan yang percuma, menghapuskira hutang PTPTN dan banyak lagi. Terasa bahang kemakmuran berada bawah pemerintah BA. Kita dah buktikan di Kelantan.

RAKYAT PERLU TOLAK UMNO/BN

UMNO sebenarnya bukan pembela kepada orang Melayu tetapi pengkhianat kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Parlimen pun telah dibubarkan hari ini. Maka inilah peluang terbaik bagi rakyat Malaysia melalui 'MAKKAL SETHI'/KUASA RAKYAT untuk menolak UMNO/BN dalam PRU 12 supaya kita dapat menghentikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh mereka selama ini.


mujahidah61

No comments: